twitter
rss


Selamat Pagi Semua!! Hari ini cikgu ingin berkongsi dengan anda mengenai maksud  

pengujian, pengukuran dan penilaian dalam Pendidikan Islam.


Penilaian memainkan peranan yang penting dalam kehidupan kita . Contohnya sebelum anda  dianugerah Diploma Perguruan, anda akan diuji dan dinilai dari aspek teori dan amali.  Tahukah anda apa yang dimaksudkan pengujian, pengukuran dan penilaian??

Pengujian
Merujuk kepada  teknik untuk mendapatkan maklumt tentang perubahan tingkahlaku seseorang indiividu .  Ia terdiri dari satu set soalan atau tugasan yang berkehendakkan murid memberi satu set tindakbalas.  Ujian merupakan alat pengukuran. Pengujian bertujuan  :
*      Mengesan pencapaian hasil pembelajaran
*      Mengesan kemajuan-kemajuan yang telah dicapai
*      Mengesan masalah-masalah yang dihadapi oleh murid-murid

Pengukuran  
Suatu proses menentukan kuantiti atau takat pembelajaran murid dan keberkesanan pengajaran guru.   Guru mungkin menggunakan alat pengukuran  yang digunakan oleh guru mungkin terdiri daripada ujian, soal selidik, senarai semak, inventori atau sesuatu skala.   Pengukuran adalah terhad kepada huraian kuantitaif dan tidak termasuk huraian kualitatif atau  membuat  keputusan. Tujuan pengukuran:
  •     Mengesan hasi-hasil pembelajaran
  •     Mengesan jenis-jenis kemahiran yang diperolehi
  •     kemajuan-kemajuan yang telah dicapai dalam aspek-aspek pembelajaran yang lain
  •     Mengesan  jenis-jenis masalah yang dihadapi oleh murid-murid Bagi mendapatkan  
  •     maklumat untuk :
    •    Bimbingan
    •    Kecekapan guru
    •    Rekod prestasi dan profil murid

Penilaian

Penilaian ditakrifkan sebagai proses mentaksir perubahan tingkahlaku berdasarkan data kuantitatif dan kualitatif. Ia melibatkan proses  menentu , mendapat dan memberikan maklumat yang berguna untuk membuat pertimbangan mengenai tindakan selanjutnya. Dalam konteks pendidikan, penilaian adalah suatu sistem atau proses yang meliputi aktiviti-aktiviti mengumpul maklumat tentang strategi dan aktiviti pengajaran dan pembelajaran untuk membuat analisis dan keputusan dengan tujuan mengambil tindakan yang sewajarnya, seperti merancang aktiviti pengajaran dan pembelajaran selanjutnya dengan cara yang lebih berkesan. 



0 comments:

Post a Comment