twitter
rss

Selamat Pagi semua! dari apa yang telah dipelajari sebelum ini, ingin cikgu kongsikan sedikit sebanyak mengenai bidang dan bentuk penilaian :

Bidang dan Bentuk Penilaian

Bidang pembelajaran yang diuji dalam  Pendidikan Islam meliputi  :
§  Penguasaan ilmu
§  Penguasaan kemahiran
§  Penghayatan dan  amalan

Hasil pembelajaran yang telah dikenal pasti boleh dinilai dengan menggunakan kaedah:
·   Pemerhatian
·   Lisan
·   Penulisan
Pemilihan kaedah penilaian bergantung kepada:
· hasil pembelajaran yang hendak dinilai.
· kesesuaian dengan perkara yang hendak dinilai.
Kaedah-kaedah ini boleh dilaksanakan secara berasingan atau digabungkan untuk mendapatkan maklumat penilaian yang lebih jelas dan tepat mengenai kebolehan, perkembangan dan kemajuan murid.
Ketiga-tiga kaedah ini boleh digunakan untuk :

·  Mengesan serta-merta
- mengesan penguasaan hasil pembelajaran dengan serta-merta dalam      
  pengajaran harian
- tidak memerlukan instrumen yang khusus.

·  Mengesan kemajuan
- mengesan kekuatan dan kelemahan selepas beberapa pembelajaran
- perlu dirancang secara individu atau kumpulan
- menggunakan instrumen tertentu seperti senarai semak, lembaran kerja, ujian bertulis
·  Mengesan pencapaian
- mengesan pencapaian selepas beberapa pembelajaran atau pada akhir   program
-  perlu dirancang secara individu
- dijalankan dengan menggunakan senarai semak, skala kadar, ujian bertulis dan   ujian lisan

Penilaian secara pemerhatian 

Digunakan untuk menilai aspek-aspek yang sukar dikesan melalui kaedah lisan   
dan penulisan seperti:
  •       sikap
  •       perlakuan/amalan
  •       amali
  •       kemahiran manipulatif
  •       kemahiran bersosial
  •       kemahiran belajar
  •       kemahiran kinestetik
  •     kemahiran literasi komputer
  •       kemahiran mereka cipta

· Pemerhatian proses dan hasil kerja murid seperti lukisan, buku skrap, kraf tangan dan kerja kursus membolehkan guru menilai sikap serta penguasaan sesuatu kemahiran.
·  Maklumat daripada pemerhatian boleh membantu guru melengkapkan gambaran mengenai keputusan penilaian yang diperoleh melalui kaedah lisan dan penulisan.
·  Instrumen penilaian pemerhatian meliputi senarai semak dan skala kadar.

Penilaian secara lisan.
·  Digunakan untuk mengumpul maklumat semasa berlaku interaksi antara:
- murid dengan guru
- murid dengan murid
- murid dengan bahan pembelajaran
·  Antara aspek yang boleh dinilai secara lisan ialah:
- kefahaman konsep
- pengetahuan fakta
- kecekapan mendengar
- penggunaan bahasa yang tepat
- kefasihan menghafaz
- sebutan dalam berbahasa
- kecekapan mencongak
- gaya persembahan
- pertuturan dan sikap

Instrumen Penilaian Lisan
·  Kemahiran lisan boleh dinilai melalui aktiviti seperti yang berikut:
- bacaan kuat
- syarahan
- perbahasan
- bercerita
- perbincangan
- hafazan
- temu bual
- soal jawab
- nyanyian
- deklamasi sajak
- mendengar dan memberi respon secara lisan

·  Penilaian lisan membolehkan guru :
- mengesan kemajuan dan pencapaian murid dalam kemahiran mendengar dan bertutur  
  secara gramatis.
- mendapat maklumat serta-merta tentang pengetahuan dan kefahaman murid.
- mengesan kebolehan murid dalam kemahiran membaca dan menghafaz.
- mengesan kelancaran dalam sebutan.
- mengesan amalan dan sikap murid secara serta merta.

·  Instrumen penilaian lisan boleh dipelbagaikan, ia merangkumi soalan dan aktiviti yang memerlukan respon murid dalam bentuk lisan. Dalam menyediakan instrumen tersebut guru perlu memastikan:

- soalan, pernyataan, ilustrasi dan bahan rangsangan perlu jelas dan mudah difahami.
- aktiviti/bahan boleh merangsang murid mengeluarkan idea.
- pelbagai bentuk soalan seperti soalan bertumpu dan bercapah digunakan untuk 
  merangsang murid berfikir.
- aras kesukaran perlu sesuai dengan kebolehan murid.

Penilaian secara penulisan.
·  Penilaian secara penulisan melibatkan aktiviti menyemak dan memeriksa tugasan dan hasil  penulisan murid seperti yang berikut:
- karangan
- laporan projek/kerja kursus/folio
- latihan dan ujian bertulis
- huraian atau tafsiran peta, jadual, graf atau carta.



Instrumen Penilaian Penulisan

·  Digunakan untuk mengesan kemahiran bahasa dan perkembangan intelek murid yang meliputi kemahiran seperti yang berikut:
- kemahiran menulis
- menyusun idea
- penggunaan tanda baca
- perbendaharaan kata
- mengaplikasi
- mentafsir
- menilai
·  Dalam menyediakan soalan-soalan yang sahih, perkara yang berikut mestilah diambil kira:
- soalan menepati kemahiran yang akan diuji
- bahasa yang digunakan jelas dan mudah difahami
- bilangan soalan sesuai dengan masa yang diperuntukkan
- aras kesukaran soalan dipelbagaikan
- skema pemarkahan disediakan
·  Soalan yang digunakan dalam penilaian penulisan yang biasa dijalankan ialah:
- soalan subjektif
- soalan objektif

Guru perlu mempelbagaikan soalan yang merangkumi soalan kognitif peringkat rendah dan peringkat tinggi. Soalan yang berperingkat dapat menilai peningkatan tahap pemikiran murid. Soalan peringkat rendah dan bertumpu dapat mengesan penguasaan pengetahuan asas murid. Soalan peringkat tinggi yang bercapah boleh merangsang murid untuk memperkembang apa yang telah dipelajari dan difahami secara kritis dan kreatif.

Cikgu mendoakan, semoga guru-guru dapat melaksanakan penilaian kepada anak murid kita dengan penuh ikhlas dan jujur, moga penilian yang dijalankan dapat membentuk serta mendidik kita menjadi guru yang sentiasa bermuhasabah. amin..........

0 comments:

Post a Comment