twitter
rss


Senyum -senyum selalu 

  
Kalau anda semua dalam dunia pendidikan, mesti anda kena faham tentang Asas Falsafah Pendidikan,
Mari semua sama-sama kita mendalami konsep pendidikan Malaysia



 KONSEP ASAS FALSAFAH PENDIDIKAN

KONSEP FALSAFAH
Ø  Perkataan Falsafah berasal daripada perkataan Yunani yang bermaksud mencintai kebijaksanaan.
Ø  Perkataan Falsafah memberi makna sebagai pemikiran/pandangan yang benar, rasional & bernas.
Ø  Tujuan Falsafah ialah mencari serta membukti kebenaran & memberi arah tuju / pedoman untuk perkara-perkara yg penting dlm kehidupan.

KONSEP PENDIDIKAN
Ø  Bermakna pendidikan merupakan aktiviti-aktiviti yang mempunyai objektif, rancangan & organisasi untuk mendidik murid-murid supaya insan yang berilmu pengetahuan, berakhlak mulia & menguasai kemahiran tertentu, demi berupaya menyesuaikan diri dalam masyarakatnya pada masa depan.
Ø  Pengertian Pendidikan seperti berikut:

“Pendidikan ialah suatu proses atau aktiviti yang berusaha untuk mengembangkan fizikal, intelek, sosial dan emosi seseorang individu serta menambahkan kemahiran, kebolehan, pengetahuan dan pengalaman mereka supaya dapat memberi kegembiraan, faedah dan kemajuan dalam kehidupannya, membantu dan mendorongnya bertindak dengan cara yang rasional bagi faedah diri serta masyarakat, bangsa dan negaranya.”

KONSEP FALSAFAH PENDIDIKAN

·         Memberi panduan kepada sesebuah system pendidikan utk menetapkan matlamat, jenis sistem pendidikan, jenis kurikulum, kaedah-kaedah pengajaran serta peranan guru di sekolah.

·         Pada amnya, falsafah adalah diklasifikasikan kepada empat cabang / bidang kajian, iaitu:
1.     Metafizik yang berkaitan dengan kajian realiti seperti kewujudan alam, roh & kehidupan.
2.     Epistemologi yang berkaitan dengan kajian ilmu yang sering ditanya.
3.     Aksiologi yang berkaitan dengan kajian nilai etika (tingkah laku seseorang) & estetika (menilai kecantikan & seni)
4.     Logik yang berkaitan dengan penaakulan.

SELAMAT PAGI SEMUA!

Sedikt titipan video untuk kesedaran kita, dimana kita pergi dan siapa pun kita.. kita adalah GURU kepada generasi akan datang 



Alhamdulillah... cikgu mengucapkan syukur, kerana sekolah di negara kita ini, secara majoritinya menutup aurat.. lebih-lebih lagi murid yang bersekolah agama bertudung labuh..sejuk mata cikgu memandangnya..

Menutup aurat merupakan pilihan hati jalan kita samada SYURGA atau NERAKA JAHANAM


Cikgu akan tunjukkan tatacara pemakaian dalam ISLAM



Pengertian Aurat :
Dari segi bahasa, aurat ialah sesuatu yang mengaibkan..
Dari segi istilah, aurat ialah bahagian tubuh badan seseorang yang WAJIB ditutup dan dilindungi daripada pandangan bukan mahram atau ajnabi..

Hukum menutup aurat adalah WAJIB bagi lelaki dan perempuan Islam..

Batas-batas aurat :
Aurat Lelaki :
1. Dengan perempuan mahram, auratnya di antara pusat dengan lutut..
2. Dengan perempuan bukan mahram, auratnya di antara pusat dengan lutut..
3. Dengan perempuan bukan Islam, auratnya di antara pusat dengan lutut..

Aurat Wanita :
1. Dengan mahram lelaki, auratnya di antara pusat dengan lutut..
2. Dengan lelaki bukan mahram, auratnya seluruh tubuh, kecuali muka dan dua pergelangan tangan..
3. Dengan lelaki bukan Islam, auratnya seluruh tubuh, kecuali muka dan dua pergelangan tangan..

Sebab-sebab Islam meWAJIBkan lelaki dan perempuan Islam menutup aurat :
1. Untuk menjaga dan memelihara kehormatan, kesopanan, dan maruah diri seseorang..
2. Menghindarkan diri daripada terjerumus ke arah perbuatan Zina..
3. Untuk membezakan antara keperibadian orang Islam dengan orang bukan Islam..
4. Menggambarkan bahawa orang Islam sangat patuh dan taat kepada perintah Allah..

Hikmah / Fadhilat / Kebaikan disebalik kewajipan menutup aurat ke atas orang Islam :
1. Memuliakan manusia sebagai makhluk yang istimewa..
2. Membentuk diri manusia supaya menjadi insan yang beradab..
3. Dapat mengelak diri daripada sebarang fitnah..
4. Melahirkan masyarakat yang berakhlak mulia dan patuh kepada perintah Allah..

Islam menggalakkan umatnya berpakaian baik, bersih, cantik, dan menutup aurat kerana amalan tersebut mendatangkan kebaikan kepada manusia..

Antara kebaikan menutup aurat dan keburukan mendedahkan aurat ialah :

KEBAIKAN MENUTUP AURATKEBURUKAN MENDEDAHKAN AURAT
Kehormatan dan maruah diri terjagaMencemarkan kehormatan dan maruah diri
Dapat mengelak daripada berlaku perkara-perkara yang tidak diinginiMendorong kepada berlaku perkara-perkara yang tidak baik
Dapat menghindar daripada terjerumus ke arah perbuatan yang tidak baikDibenci dan dicemuh oleh orang lain
Dipandang mulia dan dihormati oleh orang lainTidak melambang keperibadian Muslim sejati
Melambangkan keperibadian Muslim sejatiTerdedah kepada gangguan lelaki yang tidak bermoral


Selamat Pagi semua! dari apa yang telah dipelajari sebelum ini, ingin cikgu kongsikan sedikit sebanyak mengenai bidang dan bentuk penilaian :

Bidang dan Bentuk Penilaian

Bidang pembelajaran yang diuji dalam  Pendidikan Islam meliputi  :
§  Penguasaan ilmu
§  Penguasaan kemahiran
§  Penghayatan dan  amalan

Hasil pembelajaran yang telah dikenal pasti boleh dinilai dengan menggunakan kaedah:
·   Pemerhatian
·   Lisan
·   Penulisan
Pemilihan kaedah penilaian bergantung kepada:
· hasil pembelajaran yang hendak dinilai.
· kesesuaian dengan perkara yang hendak dinilai.
Kaedah-kaedah ini boleh dilaksanakan secara berasingan atau digabungkan untuk mendapatkan maklumat penilaian yang lebih jelas dan tepat mengenai kebolehan, perkembangan dan kemajuan murid.
Ketiga-tiga kaedah ini boleh digunakan untuk :

·  Mengesan serta-merta
- mengesan penguasaan hasil pembelajaran dengan serta-merta dalam      
  pengajaran harian
- tidak memerlukan instrumen yang khusus.

·  Mengesan kemajuan
- mengesan kekuatan dan kelemahan selepas beberapa pembelajaran
- perlu dirancang secara individu atau kumpulan
- menggunakan instrumen tertentu seperti senarai semak, lembaran kerja, ujian bertulis
·  Mengesan pencapaian
- mengesan pencapaian selepas beberapa pembelajaran atau pada akhir   program
-  perlu dirancang secara individu
- dijalankan dengan menggunakan senarai semak, skala kadar, ujian bertulis dan   ujian lisan

Penilaian secara pemerhatian 

Digunakan untuk menilai aspek-aspek yang sukar dikesan melalui kaedah lisan   
dan penulisan seperti:
  •       sikap
  •       perlakuan/amalan
  •       amali
  •       kemahiran manipulatif
  •       kemahiran bersosial
  •       kemahiran belajar
  •       kemahiran kinestetik
  •     kemahiran literasi komputer
  •       kemahiran mereka cipta

· Pemerhatian proses dan hasil kerja murid seperti lukisan, buku skrap, kraf tangan dan kerja kursus membolehkan guru menilai sikap serta penguasaan sesuatu kemahiran.
·  Maklumat daripada pemerhatian boleh membantu guru melengkapkan gambaran mengenai keputusan penilaian yang diperoleh melalui kaedah lisan dan penulisan.
·  Instrumen penilaian pemerhatian meliputi senarai semak dan skala kadar.

Penilaian secara lisan.
·  Digunakan untuk mengumpul maklumat semasa berlaku interaksi antara:
- murid dengan guru
- murid dengan murid
- murid dengan bahan pembelajaran
·  Antara aspek yang boleh dinilai secara lisan ialah:
- kefahaman konsep
- pengetahuan fakta
- kecekapan mendengar
- penggunaan bahasa yang tepat
- kefasihan menghafaz
- sebutan dalam berbahasa
- kecekapan mencongak
- gaya persembahan
- pertuturan dan sikap

Instrumen Penilaian Lisan
·  Kemahiran lisan boleh dinilai melalui aktiviti seperti yang berikut:
- bacaan kuat
- syarahan
- perbahasan
- bercerita
- perbincangan
- hafazan
- temu bual
- soal jawab
- nyanyian
- deklamasi sajak
- mendengar dan memberi respon secara lisan

·  Penilaian lisan membolehkan guru :
- mengesan kemajuan dan pencapaian murid dalam kemahiran mendengar dan bertutur  
  secara gramatis.
- mendapat maklumat serta-merta tentang pengetahuan dan kefahaman murid.
- mengesan kebolehan murid dalam kemahiran membaca dan menghafaz.
- mengesan kelancaran dalam sebutan.
- mengesan amalan dan sikap murid secara serta merta.

·  Instrumen penilaian lisan boleh dipelbagaikan, ia merangkumi soalan dan aktiviti yang memerlukan respon murid dalam bentuk lisan. Dalam menyediakan instrumen tersebut guru perlu memastikan:

- soalan, pernyataan, ilustrasi dan bahan rangsangan perlu jelas dan mudah difahami.
- aktiviti/bahan boleh merangsang murid mengeluarkan idea.
- pelbagai bentuk soalan seperti soalan bertumpu dan bercapah digunakan untuk 
  merangsang murid berfikir.
- aras kesukaran perlu sesuai dengan kebolehan murid.

Penilaian secara penulisan.
·  Penilaian secara penulisan melibatkan aktiviti menyemak dan memeriksa tugasan dan hasil  penulisan murid seperti yang berikut:
- karangan
- laporan projek/kerja kursus/folio
- latihan dan ujian bertulis
- huraian atau tafsiran peta, jadual, graf atau carta.



Instrumen Penilaian Penulisan

·  Digunakan untuk mengesan kemahiran bahasa dan perkembangan intelek murid yang meliputi kemahiran seperti yang berikut:
- kemahiran menulis
- menyusun idea
- penggunaan tanda baca
- perbendaharaan kata
- mengaplikasi
- mentafsir
- menilai
·  Dalam menyediakan soalan-soalan yang sahih, perkara yang berikut mestilah diambil kira:
- soalan menepati kemahiran yang akan diuji
- bahasa yang digunakan jelas dan mudah difahami
- bilangan soalan sesuai dengan masa yang diperuntukkan
- aras kesukaran soalan dipelbagaikan
- skema pemarkahan disediakan
·  Soalan yang digunakan dalam penilaian penulisan yang biasa dijalankan ialah:
- soalan subjektif
- soalan objektif

Guru perlu mempelbagaikan soalan yang merangkumi soalan kognitif peringkat rendah dan peringkat tinggi. Soalan yang berperingkat dapat menilai peningkatan tahap pemikiran murid. Soalan peringkat rendah dan bertumpu dapat mengesan penguasaan pengetahuan asas murid. Soalan peringkat tinggi yang bercapah boleh merangsang murid untuk memperkembang apa yang telah dipelajari dan difahami secara kritis dan kreatif.

Cikgu mendoakan, semoga guru-guru dapat melaksanakan penilaian kepada anak murid kita dengan penuh ikhlas dan jujur, moga penilian yang dijalankan dapat membentuk serta mendidik kita menjadi guru yang sentiasa bermuhasabah. amin..........


Selamat Pagi Semua!! Hari ini cikgu ingin berkongsi dengan anda mengenai maksud  

pengujian, pengukuran dan penilaian dalam Pendidikan Islam.


Penilaian memainkan peranan yang penting dalam kehidupan kita . Contohnya sebelum anda  dianugerah Diploma Perguruan, anda akan diuji dan dinilai dari aspek teori dan amali.  Tahukah anda apa yang dimaksudkan pengujian, pengukuran dan penilaian??

Pengujian
Merujuk kepada  teknik untuk mendapatkan maklumt tentang perubahan tingkahlaku seseorang indiividu .  Ia terdiri dari satu set soalan atau tugasan yang berkehendakkan murid memberi satu set tindakbalas.  Ujian merupakan alat pengukuran. Pengujian bertujuan  :
*      Mengesan pencapaian hasil pembelajaran
*      Mengesan kemajuan-kemajuan yang telah dicapai
*      Mengesan masalah-masalah yang dihadapi oleh murid-murid

Pengukuran  
Suatu proses menentukan kuantiti atau takat pembelajaran murid dan keberkesanan pengajaran guru.   Guru mungkin menggunakan alat pengukuran  yang digunakan oleh guru mungkin terdiri daripada ujian, soal selidik, senarai semak, inventori atau sesuatu skala.   Pengukuran adalah terhad kepada huraian kuantitaif dan tidak termasuk huraian kualitatif atau  membuat  keputusan. Tujuan pengukuran:
  •     Mengesan hasi-hasil pembelajaran
  •     Mengesan jenis-jenis kemahiran yang diperolehi
  •     kemajuan-kemajuan yang telah dicapai dalam aspek-aspek pembelajaran yang lain
  •     Mengesan  jenis-jenis masalah yang dihadapi oleh murid-murid Bagi mendapatkan  
  •     maklumat untuk :
    •    Bimbingan
    •    Kecekapan guru
    •    Rekod prestasi dan profil murid

Penilaian

Penilaian ditakrifkan sebagai proses mentaksir perubahan tingkahlaku berdasarkan data kuantitatif dan kualitatif. Ia melibatkan proses  menentu , mendapat dan memberikan maklumat yang berguna untuk membuat pertimbangan mengenai tindakan selanjutnya. Dalam konteks pendidikan, penilaian adalah suatu sistem atau proses yang meliputi aktiviti-aktiviti mengumpul maklumat tentang strategi dan aktiviti pengajaran dan pembelajaran untuk membuat analisis dan keputusan dengan tujuan mengambil tindakan yang sewajarnya, seperti merancang aktiviti pengajaran dan pembelajaran selanjutnya dengan cara yang lebih berkesan. 







Islam adalah agama yang amat mementingkan Ilmu pengetahuan dan ilmu itu juga merupakan kunci kejayaan seseorang di dunia dan akhirat. Islam juga amat menekankan tentang konsep dan pentingnya ilmu dalam masyarakat terutamanya Islam

Hari ini cikgu ingin berkongsikan serba sedikit mengenai Ilmu dalam Islam, seperti ayat di atas, doa ini adalah doa yang dibaca oleh murid setiap kali permulaannya PnP kelas, dan selain berdoa, cikgu amat mementingkan adab setiap anak murid ustazah ketika berdoa.

Seperti yang kita ketahui, masyarakat yang berilmu dan menguasai ilmu mempunyai akhlak dan akal yang adil serta jujur dan tidak akan melakukan sesuatu yang salah bukan sahaja kerana ia melanggar undang-undang negara dan hukum Islam, tetapi juga kerana ia melanggar asas akhlaknya. Saiidina Ali bin Abi Talib mengatakan, 

"Tiada kekayaan lebih utama daripada akal. Tiada kepapaan lebih menyedihkan daripada kebodohan. Tiada warisan lebih baik daripada pendidikan". Mereka menjauhkan diri daripada tindakan dan pemikiran yang tidak adil dan tidak jujur, bukan hanya kerana melanggar hukum tetapi juga kerana mereka sendiri mempunyai sikap dan akhlak yang antiketidakadilan dan ketidakjujuran. Mereka juga akan sentiasa menjunjung dua petunjuk yang nyata, iaitu al-Quran dan hadis Rasulullah selain ijmak dan bermusyawarah dalam setiap perbuatan dan bagi mencapai sesuatu keputusan. Sabda Rasulullah s.a.w yang bermaksud: "Sesungguhnya serigala itu hanya akan dapat memakan kambing yang tersisih (dari kumpulannya)".

Renung-renungkanlah: 

Jawapan-jawapan daripada Saiidina Ali bin Abi Thalib ketika ditanya mengenai antara keutamaan ilmu dengan harta:

  • "Ilmu lebih utama daripada harta, Ilmu adalah pusaka para Nabi, sedang harta adalah pusaka Qarun, Sadad, Firaun, dan lain-lain.”
  • "Ilmu lebih utama daripada harta, kerana ilmu itu menjagamu sedangkan harta malah engkau yang harus menjaganya.”
  • "Harta itu bila engkau tasarrufkan (berikan) menjadi berkurang, sebaliknya ilmu jika engkau tasarrufkan akan bertambah.” 
  • "Pemilik harta disebut dengan nama bakhil (kikir) dan buruk, tetapi pemilik ilmu disebut dengan nama keagungan dan kemuliaan.”
  • "Pemilik harta itu musuhnya banyak, sedangkan pemilik ilmu temannya banyak.” 
  • "Ilmu lebih utama daripada harta, karena diakhirat nanti pemilik harta akan dihisab, sedangkan orang berilmu akan memperoleh syafaat.”
  • "Harta akan hancur berantakan kerana lama ditelan zaman, tetapi ilmu tidak akan rosak dan musnah walau ditelan zaman.” 
  • "Harta membuat hati seseorang menjadi keras, sedang ilmu membuat hati menjadi bercahaya.” 
  • "Ilmu lebih utama daripada harta, kerana pemilik harta bisa mengaku sebagai Tuhan akibat harta yang dimilikinya, sedang orang yang berilmu mengaku sebagai hamba kerana ilmunya.” 

Hamka pula berkata: “Ada ilmu ada harta jadi orang mulia, ada ilmu tidak ada harta jadi hamba orang, kalau tidak ada ilmu tidak ada harta jadi binatang.”
Justeru itu cik, di situ letaknya kepentingan menuntut ilmu. Rasulullah s.a.w bersabda yang bermaksud: “Sesiapa yang inginkan dunia, maka hendaklah dia menuntut ilmu, siapa yang inginkan akhirat, maka dia perlu menuntut ilmu dan sesiapa yang ingin kedua-duanya, maka hendaklah ia menuntut ilmu.”