twitter
rss

Showing posts with label Ilmu Pendidikan. Show all posts
Showing posts with label Ilmu Pendidikan. Show all posts


Senyum -senyum selalu 

  
Kalau anda semua dalam dunia pendidikan, mesti anda kena faham tentang Asas Falsafah Pendidikan,
Mari semua sama-sama kita mendalami konsep pendidikan Malaysia



 KONSEP ASAS FALSAFAH PENDIDIKAN

KONSEP FALSAFAH
Ø  Perkataan Falsafah berasal daripada perkataan Yunani yang bermaksud mencintai kebijaksanaan.
Ø  Perkataan Falsafah memberi makna sebagai pemikiran/pandangan yang benar, rasional & bernas.
Ø  Tujuan Falsafah ialah mencari serta membukti kebenaran & memberi arah tuju / pedoman untuk perkara-perkara yg penting dlm kehidupan.

KONSEP PENDIDIKAN
Ø  Bermakna pendidikan merupakan aktiviti-aktiviti yang mempunyai objektif, rancangan & organisasi untuk mendidik murid-murid supaya insan yang berilmu pengetahuan, berakhlak mulia & menguasai kemahiran tertentu, demi berupaya menyesuaikan diri dalam masyarakatnya pada masa depan.
Ø  Pengertian Pendidikan seperti berikut:

“Pendidikan ialah suatu proses atau aktiviti yang berusaha untuk mengembangkan fizikal, intelek, sosial dan emosi seseorang individu serta menambahkan kemahiran, kebolehan, pengetahuan dan pengalaman mereka supaya dapat memberi kegembiraan, faedah dan kemajuan dalam kehidupannya, membantu dan mendorongnya bertindak dengan cara yang rasional bagi faedah diri serta masyarakat, bangsa dan negaranya.”

KONSEP FALSAFAH PENDIDIKAN

·         Memberi panduan kepada sesebuah system pendidikan utk menetapkan matlamat, jenis sistem pendidikan, jenis kurikulum, kaedah-kaedah pengajaran serta peranan guru di sekolah.

·         Pada amnya, falsafah adalah diklasifikasikan kepada empat cabang / bidang kajian, iaitu:
1.     Metafizik yang berkaitan dengan kajian realiti seperti kewujudan alam, roh & kehidupan.
2.     Epistemologi yang berkaitan dengan kajian ilmu yang sering ditanya.
3.     Aksiologi yang berkaitan dengan kajian nilai etika (tingkah laku seseorang) & estetika (menilai kecantikan & seni)
4.     Logik yang berkaitan dengan penaakulan.

SELAMAT PAGI SEMUA!

Sedikt titipan video untuk kesedaran kita, dimana kita pergi dan siapa pun kita.. kita adalah GURU kepada generasi akan datang 



Selamat Pagi semua! dari apa yang telah dipelajari sebelum ini, ingin cikgu kongsikan sedikit sebanyak mengenai bidang dan bentuk penilaian :

Bidang dan Bentuk Penilaian

Bidang pembelajaran yang diuji dalam  Pendidikan Islam meliputi  :
§  Penguasaan ilmu
§  Penguasaan kemahiran
§  Penghayatan dan  amalan

Hasil pembelajaran yang telah dikenal pasti boleh dinilai dengan menggunakan kaedah:
·   Pemerhatian
·   Lisan
·   Penulisan
Pemilihan kaedah penilaian bergantung kepada:
· hasil pembelajaran yang hendak dinilai.
· kesesuaian dengan perkara yang hendak dinilai.
Kaedah-kaedah ini boleh dilaksanakan secara berasingan atau digabungkan untuk mendapatkan maklumat penilaian yang lebih jelas dan tepat mengenai kebolehan, perkembangan dan kemajuan murid.
Ketiga-tiga kaedah ini boleh digunakan untuk :

·  Mengesan serta-merta
- mengesan penguasaan hasil pembelajaran dengan serta-merta dalam      
  pengajaran harian
- tidak memerlukan instrumen yang khusus.

·  Mengesan kemajuan
- mengesan kekuatan dan kelemahan selepas beberapa pembelajaran
- perlu dirancang secara individu atau kumpulan
- menggunakan instrumen tertentu seperti senarai semak, lembaran kerja, ujian bertulis
·  Mengesan pencapaian
- mengesan pencapaian selepas beberapa pembelajaran atau pada akhir   program
-  perlu dirancang secara individu
- dijalankan dengan menggunakan senarai semak, skala kadar, ujian bertulis dan   ujian lisan

Penilaian secara pemerhatian 

Digunakan untuk menilai aspek-aspek yang sukar dikesan melalui kaedah lisan   
dan penulisan seperti:
  •       sikap
  •       perlakuan/amalan
  •       amali
  •       kemahiran manipulatif
  •       kemahiran bersosial
  •       kemahiran belajar
  •       kemahiran kinestetik
  •     kemahiran literasi komputer
  •       kemahiran mereka cipta

· Pemerhatian proses dan hasil kerja murid seperti lukisan, buku skrap, kraf tangan dan kerja kursus membolehkan guru menilai sikap serta penguasaan sesuatu kemahiran.
·  Maklumat daripada pemerhatian boleh membantu guru melengkapkan gambaran mengenai keputusan penilaian yang diperoleh melalui kaedah lisan dan penulisan.
·  Instrumen penilaian pemerhatian meliputi senarai semak dan skala kadar.

Penilaian secara lisan.
·  Digunakan untuk mengumpul maklumat semasa berlaku interaksi antara:
- murid dengan guru
- murid dengan murid
- murid dengan bahan pembelajaran
·  Antara aspek yang boleh dinilai secara lisan ialah:
- kefahaman konsep
- pengetahuan fakta
- kecekapan mendengar
- penggunaan bahasa yang tepat
- kefasihan menghafaz
- sebutan dalam berbahasa
- kecekapan mencongak
- gaya persembahan
- pertuturan dan sikap

Instrumen Penilaian Lisan
·  Kemahiran lisan boleh dinilai melalui aktiviti seperti yang berikut:
- bacaan kuat
- syarahan
- perbahasan
- bercerita
- perbincangan
- hafazan
- temu bual
- soal jawab
- nyanyian
- deklamasi sajak
- mendengar dan memberi respon secara lisan

·  Penilaian lisan membolehkan guru :
- mengesan kemajuan dan pencapaian murid dalam kemahiran mendengar dan bertutur  
  secara gramatis.
- mendapat maklumat serta-merta tentang pengetahuan dan kefahaman murid.
- mengesan kebolehan murid dalam kemahiran membaca dan menghafaz.
- mengesan kelancaran dalam sebutan.
- mengesan amalan dan sikap murid secara serta merta.

·  Instrumen penilaian lisan boleh dipelbagaikan, ia merangkumi soalan dan aktiviti yang memerlukan respon murid dalam bentuk lisan. Dalam menyediakan instrumen tersebut guru perlu memastikan:

- soalan, pernyataan, ilustrasi dan bahan rangsangan perlu jelas dan mudah difahami.
- aktiviti/bahan boleh merangsang murid mengeluarkan idea.
- pelbagai bentuk soalan seperti soalan bertumpu dan bercapah digunakan untuk 
  merangsang murid berfikir.
- aras kesukaran perlu sesuai dengan kebolehan murid.

Penilaian secara penulisan.
·  Penilaian secara penulisan melibatkan aktiviti menyemak dan memeriksa tugasan dan hasil  penulisan murid seperti yang berikut:
- karangan
- laporan projek/kerja kursus/folio
- latihan dan ujian bertulis
- huraian atau tafsiran peta, jadual, graf atau carta.



Instrumen Penilaian Penulisan

·  Digunakan untuk mengesan kemahiran bahasa dan perkembangan intelek murid yang meliputi kemahiran seperti yang berikut:
- kemahiran menulis
- menyusun idea
- penggunaan tanda baca
- perbendaharaan kata
- mengaplikasi
- mentafsir
- menilai
·  Dalam menyediakan soalan-soalan yang sahih, perkara yang berikut mestilah diambil kira:
- soalan menepati kemahiran yang akan diuji
- bahasa yang digunakan jelas dan mudah difahami
- bilangan soalan sesuai dengan masa yang diperuntukkan
- aras kesukaran soalan dipelbagaikan
- skema pemarkahan disediakan
·  Soalan yang digunakan dalam penilaian penulisan yang biasa dijalankan ialah:
- soalan subjektif
- soalan objektif

Guru perlu mempelbagaikan soalan yang merangkumi soalan kognitif peringkat rendah dan peringkat tinggi. Soalan yang berperingkat dapat menilai peningkatan tahap pemikiran murid. Soalan peringkat rendah dan bertumpu dapat mengesan penguasaan pengetahuan asas murid. Soalan peringkat tinggi yang bercapah boleh merangsang murid untuk memperkembang apa yang telah dipelajari dan difahami secara kritis dan kreatif.

Cikgu mendoakan, semoga guru-guru dapat melaksanakan penilaian kepada anak murid kita dengan penuh ikhlas dan jujur, moga penilian yang dijalankan dapat membentuk serta mendidik kita menjadi guru yang sentiasa bermuhasabah. amin..........


Selamat Pagi Semua!! Hari ini cikgu ingin berkongsi dengan anda mengenai maksud  

pengujian, pengukuran dan penilaian dalam Pendidikan Islam.


Penilaian memainkan peranan yang penting dalam kehidupan kita . Contohnya sebelum anda  dianugerah Diploma Perguruan, anda akan diuji dan dinilai dari aspek teori dan amali.  Tahukah anda apa yang dimaksudkan pengujian, pengukuran dan penilaian??

Pengujian
Merujuk kepada  teknik untuk mendapatkan maklumt tentang perubahan tingkahlaku seseorang indiividu .  Ia terdiri dari satu set soalan atau tugasan yang berkehendakkan murid memberi satu set tindakbalas.  Ujian merupakan alat pengukuran. Pengujian bertujuan  :
*      Mengesan pencapaian hasil pembelajaran
*      Mengesan kemajuan-kemajuan yang telah dicapai
*      Mengesan masalah-masalah yang dihadapi oleh murid-murid

Pengukuran  
Suatu proses menentukan kuantiti atau takat pembelajaran murid dan keberkesanan pengajaran guru.   Guru mungkin menggunakan alat pengukuran  yang digunakan oleh guru mungkin terdiri daripada ujian, soal selidik, senarai semak, inventori atau sesuatu skala.   Pengukuran adalah terhad kepada huraian kuantitaif dan tidak termasuk huraian kualitatif atau  membuat  keputusan. Tujuan pengukuran:
  •     Mengesan hasi-hasil pembelajaran
  •     Mengesan jenis-jenis kemahiran yang diperolehi
  •     kemajuan-kemajuan yang telah dicapai dalam aspek-aspek pembelajaran yang lain
  •     Mengesan  jenis-jenis masalah yang dihadapi oleh murid-murid Bagi mendapatkan  
  •     maklumat untuk :
    •    Bimbingan
    •    Kecekapan guru
    •    Rekod prestasi dan profil murid

Penilaian

Penilaian ditakrifkan sebagai proses mentaksir perubahan tingkahlaku berdasarkan data kuantitatif dan kualitatif. Ia melibatkan proses  menentu , mendapat dan memberikan maklumat yang berguna untuk membuat pertimbangan mengenai tindakan selanjutnya. Dalam konteks pendidikan, penilaian adalah suatu sistem atau proses yang meliputi aktiviti-aktiviti mengumpul maklumat tentang strategi dan aktiviti pengajaran dan pembelajaran untuk membuat analisis dan keputusan dengan tujuan mengambil tindakan yang sewajarnya, seperti merancang aktiviti pengajaran dan pembelajaran selanjutnya dengan cara yang lebih berkesan. 







Islam adalah agama yang amat mementingkan Ilmu pengetahuan dan ilmu itu juga merupakan kunci kejayaan seseorang di dunia dan akhirat. Islam juga amat menekankan tentang konsep dan pentingnya ilmu dalam masyarakat terutamanya Islam

Hari ini cikgu ingin berkongsikan serba sedikit mengenai Ilmu dalam Islam, seperti ayat di atas, doa ini adalah doa yang dibaca oleh murid setiap kali permulaannya PnP kelas, dan selain berdoa, cikgu amat mementingkan adab setiap anak murid ustazah ketika berdoa.

Seperti yang kita ketahui, masyarakat yang berilmu dan menguasai ilmu mempunyai akhlak dan akal yang adil serta jujur dan tidak akan melakukan sesuatu yang salah bukan sahaja kerana ia melanggar undang-undang negara dan hukum Islam, tetapi juga kerana ia melanggar asas akhlaknya. Saiidina Ali bin Abi Talib mengatakan, 

"Tiada kekayaan lebih utama daripada akal. Tiada kepapaan lebih menyedihkan daripada kebodohan. Tiada warisan lebih baik daripada pendidikan". Mereka menjauhkan diri daripada tindakan dan pemikiran yang tidak adil dan tidak jujur, bukan hanya kerana melanggar hukum tetapi juga kerana mereka sendiri mempunyai sikap dan akhlak yang antiketidakadilan dan ketidakjujuran. Mereka juga akan sentiasa menjunjung dua petunjuk yang nyata, iaitu al-Quran dan hadis Rasulullah selain ijmak dan bermusyawarah dalam setiap perbuatan dan bagi mencapai sesuatu keputusan. Sabda Rasulullah s.a.w yang bermaksud: "Sesungguhnya serigala itu hanya akan dapat memakan kambing yang tersisih (dari kumpulannya)".

Renung-renungkanlah: 

Jawapan-jawapan daripada Saiidina Ali bin Abi Thalib ketika ditanya mengenai antara keutamaan ilmu dengan harta:

  • "Ilmu lebih utama daripada harta, Ilmu adalah pusaka para Nabi, sedang harta adalah pusaka Qarun, Sadad, Firaun, dan lain-lain.”
  • "Ilmu lebih utama daripada harta, kerana ilmu itu menjagamu sedangkan harta malah engkau yang harus menjaganya.”
  • "Harta itu bila engkau tasarrufkan (berikan) menjadi berkurang, sebaliknya ilmu jika engkau tasarrufkan akan bertambah.” 
  • "Pemilik harta disebut dengan nama bakhil (kikir) dan buruk, tetapi pemilik ilmu disebut dengan nama keagungan dan kemuliaan.”
  • "Pemilik harta itu musuhnya banyak, sedangkan pemilik ilmu temannya banyak.” 
  • "Ilmu lebih utama daripada harta, karena diakhirat nanti pemilik harta akan dihisab, sedangkan orang berilmu akan memperoleh syafaat.”
  • "Harta akan hancur berantakan kerana lama ditelan zaman, tetapi ilmu tidak akan rosak dan musnah walau ditelan zaman.” 
  • "Harta membuat hati seseorang menjadi keras, sedang ilmu membuat hati menjadi bercahaya.” 
  • "Ilmu lebih utama daripada harta, kerana pemilik harta bisa mengaku sebagai Tuhan akibat harta yang dimilikinya, sedang orang yang berilmu mengaku sebagai hamba kerana ilmunya.” 

Hamka pula berkata: “Ada ilmu ada harta jadi orang mulia, ada ilmu tidak ada harta jadi hamba orang, kalau tidak ada ilmu tidak ada harta jadi binatang.”
Justeru itu cik, di situ letaknya kepentingan menuntut ilmu. Rasulullah s.a.w bersabda yang bermaksud: “Sesiapa yang inginkan dunia, maka hendaklah dia menuntut ilmu, siapa yang inginkan akhirat, maka dia perlu menuntut ilmu dan sesiapa yang ingin kedua-duanya, maka hendaklah ia menuntut ilmu.”


DARI PERSPEKTIF TEORI

PENGENALAN

Kebanyakan sistem pendidikan di dunia menekankan kepentingan membina minda yang kreatif dalam kalangan pelajarnya. Hari ini, kreativiti dan pemikiran asal dikenali sebagai salah satu faktor penggerak sesebuah negara untuk bersaing di arena antarabangsa. Sistem pendidikan ini mengenali kepentingan kreativiti dipupuk dari masa kanak-kanak masih kecil lagi kerana minda mereka belum dibentuk sepenuhnya oleh persekitaran melalui norma masyarakat dan pembelajaran formal. Kanak-kanak dilahirkan dengan mempunyai sifat yang dinamik serta berkembang mengikut fitrah semula jadi proses tumbesaran mereka.


A. Teori Jean Piaget
Jean Piaget (Rajah 1.1) ialah ahli psikologi dan pendidik. Beliau telah dilahirkan di Neuchatel, Switzerland pada 9 Ogos 1896 dan telah meninggal dunia pada tahun 1980. Piaget berminat dalam bidang biologi. Sepanjang hidupnya beliau suka membaca subjek falsafah, sosiologi dan teologi. Akhirnya beliau telah memilih bidang psikologi, khususnya mengkaji tingkah laku kanak-kanak.


Rajah 1.1: Jean Piaget

Sumber: bp0.blogger.com/.../5-WZnWd5MH0/ s320/piaget.gif




Menurut Piaget, perkembangan intelektual kanak-kanak tidak bergantung kepada pengajaran secara langsung orang dewasa. Sebaliknya, perkembangan kanak-kanak bergantung kepada interaksi antara dua faktor utama iaitu faktor keturunan (baka) dan faktor persekitaran. Kanak-kanak lahir dengan kebolehan mental semula jadi untuk belajar.

Piaget percaya bahawa kanak-kanak belajar melalui aksi. Interaksi mereka dengan persekitaran semasa membesar membantu mereka mencipta dengan sendiri tanpa pertolongan orang dewasa, pengetahuan atau skema. Pengetahuan baru sentiasa menggantikan skema yang lama dalam proses yang dikenali sebagai asimilasi, akomodasi dan ekuiliberasi. Piaget juga menekankan bahawa perkembangan intelektual menguasai semua aspek perkembangan yang lain seperti emosi, sosial dan moral.

Piaget paling dikenali untuk hujah beliau yang mengatakan bahawa kematangan dari segi biologi mendahului kebolehan pembelajaran mereka. Ini bermakna, kanak-kanak harus ada kesediaan dari segi kematangan (biologi) mereka sebelum mereka boleh melakukan operasi mental. Menurut Piaget, perkembangan kognitif kanak-kanak dari bayi hingga dewasa adalah melalui empat peringkat konsekutif iaitu:
  1. Peringkat Sensorimotor: 0-2 tahun
  2. Peringkat Praoperasi: 2- 7 tahun
  3. Peringkat Operasi Konkrit: 7- 11 tahun
  4. Peringkat Operasi Formal: 11 - 15 tahun

Implikasi Terhadap Pengajaran Dan Pembelajaran


Oleh kerana Piaget menyarankan bahawa kanak-kanak belajar melalui pengalaman dan melakukan aktiviti secara hands-on, penyediaan persekitaran yang menarik dan merangsang pembelajaran adalah penting. Persekitaran yang kondusif adalah penting untuk membolehkan kanak-kanak mencipta pengetahuan secara tidak langsung. Untuk tujuan ini, penggunaan makmal, bengkel dan teknologi yang interaktif sangat berguna bagi menggalakkan perkembangan kreatif kanak-kanak. Sebaliknya, penghafalan maklumat dan pembelajaran bahasa secara latih-tubi ditolak sama sekali oleh Piaget.



Jelasnya, ramai pakar pendidikan psikologi menganggap teori perkembangan Piaget sebagai hampir sempurna kepada sistem perkembangan kognitif manusia. Banyak pandangannya yang bersangkut paut dengan pemprosesan maklumat di dalam otak manusia. Melalui model pemprosesan maklumat Piaget menjelaskan bahawa penerimaan maklumat bergantung pada pemprosesan dan penterjemahan data sensori dan menukar data itu ke dalam bentuk yang boleh disimpan dan diguna semula apabila diperlukan. 


Dengan mempelajari bagaimana otak manusia memproses maklumat, kita dapat melihat dan mengkaji bagaimana manusia mampu berfikir, berpersepsi, menterjemah dan mempercayai. Jean Piaget memandang kecerdikan itu sebagai dasar kepada proses yang aktif di mana manusia dapat memperoleh maklumat melalui interaksi dengan pelbagai objek, idea dan pergaulan dengan orang lain di persekitarannya.

B.Teori Vygotsky


Lev S. Vygotsky (Rajah 1.2) ialah seorang pakar psikologi Russia yang meninggalkan andaian yang jelas tentang perkembangan bahasa. Idea utama Lev Vygotsky ialah kemahiran perkembangan kognitif berlaku di dalam konteks sosiobudaya dan berkembang di dalam interaksi sosial kanak-kanak.


Rajah 1.2: Lev S. Vygotsky

Sumber: http://en.wikipedia.org/wiki/Lev_Vygotsky
Lev S. Vygotsky ialah pengkritik terawal kepada andaian-andaian yang diketengahkan oleh Piaget. Vygotsky memberi pandangan tentang perkembangan kognitif kanak-kanak yang cukup berlainan dengan pendapat Jean Piaget. Vygotsky menyatakan bahawa perkembangan kanak-kanak tidak mengikut tahap-tahap perkembangan. Sebaliknya, Vygotsky menegaskan bahawa setiap fungsi dalam perkembangan budaya kanak-kanak muncul dalam dua aras iaitu pada aras sosial dan pada aras individu.

Teori budaya-sosial (socio-cultural) menyatakan bahawa kanak-kanak belajar melalui interaksi sosial dan budaya. Budaya dan masyarakat memainkan peranan sangat penting di dalam teori Vygotsky. Menurutnya, pengalaman sosial dan budaya mempengaruhi cara berfikir, dan perkara yang difikirkan. Kanak-kanak berinteraksi menggunakan bahasa atau dialog dengan ahli-ahli yang lain dalam masyarakatnya untuk belajar tentang nilai budaya. Kanak-kanak mengembangkan bahasa mereka melalui interaksi dengan ibu bapa serta rakan-rakan di dalam budaya mereka.

Beberapa ciri penting teori ini dijelaskan seperti berikut:
  1. Tahap pembelajaran atau kematangan mental seseorang kanak-kanak boleh ditingkatkan melalui scaffolding. Scaffolding merupakan pertolongan atau bimbingan yang diberi oleh orang yang lebih berpengalaman untuk meningkatkan tahap pembelajaran atau pemikiran kanak-kanak.
  2. Vygotsky percaya semua orang mempunyai Zone Of Proximal Development (ZPD) iaitu potensi kognitif pada tahap yang lebih tinggi. Potensi ini hanya mampu dicapai melalui proses scaffolding.
  3. Bahasa merupakan alat untuk berfikir dan alat yang digunakan oleh orang dewasa untuk memindahkan pengetahuan kepada kanak-kanak.
  4. Alat-alat yang digunakan dalam sesuatu budaya atau cultural tools (seperti bahasa, media, televisyen atau komputer) adalah sangat penting untuk meningkatkan komunikasi, pembelajaran dan pemprosesan pemikiran ke tahap yang lebih tinggi.
Implikasi Terhadap Pengajaran Dan Pembelajaran

Dari segi pengajaran dan pembelajaran, seseorang guru yang mengamalkan prinsip-prinsip teori Vygotsky akan mendapati proses pembelajaran yang sangat aktif. Guru akan menggunakan teknik scaffolding dengan membimbing dan memberi tindak balas tentang pembelajaran isi kandungan baru. Guru juga akan menyediakan alat-alat pembelajaran yang bersesuaian dan mencukupi untuk mencapai objektif pengajatan yang efektif.

Vygotsky mengutarakan cadangan supaya perkembangan kanak-kanak didasarkan kepada keupayaan mereka menggunakan perantaraan bahasa, sistem nombor dan peta bagi perkembangan kognitif. Keupayaan mereka pula bergantung kepada pendedahan mereka kepada pembantu dan persekitaran orang dewasa yang kebiasaannya terdiri daripada guru-guru dan pengasuh. Ini sangat bermakna terhadap perkembangan kreativiti, kognitif, sosial dan kemahiran mengawal perasaan.

Pendekatan Teori Perkembangan Kanak-kanak Piaget dan Vygotsky terhadap Konsep Kreativiti


Walaupun pendekatan teori Piaget dan Vygotsky terhadap pengajaran dan pembelajaran berbeza, namun kedua-dua teori ini bersetuju akan kepentingan pembelajaran melaluidiscovery learning. Piaget menyarankan pembelajaran penemuan di mana guru kurang membimbing. Vygotsky pula menekankan bimbingan guru sebagai faktor utama.

Dalam konteks perkembangan kreativiti, Piaget dan Vygotsky bersetuju berkenaan kebaikan bermain dalam mengembangkan kreativiti kanak-kanak. Kreativiti boleh dirangsang melalui aktiviti bermain. Bagi kanak-kanak, masa bermain merupakan masa yang penuh dengan keseronokan dan cabaran. Justeru, rangsangan melalui permainan berbentuk akademik juga perlu diwujudkan. Sebagai contoh, guru boleh menggalakkan aktiviti seperti aktiviti melukis, menconteng, membuat kolaj, “sandplay” dan sebagainya.

Apabila bermain, kanak-kanak menggunakan daya imaginasi ketika bermain. Menurut Piaget dan Vygotsky, imaginasi terikat kepada cara bagaimana kanak-kanak memahami dunia persekitarannya dan perkara-perkara yang berlaku di sekeliling mereka. Murid juga seharusnya diberikan peluang untuk memilih bahan dan alatan yang boleh digunakan untuk pelbagai aktiviti bermain dan aktiviti seni.

Oleh itu, dalam pengajaran dan pembelajaran, adalah berfaedah jika guru menyediakan aktiviti-aktiviti yang berbentuk permainan untuk mengembangkan kreativiti kanak-kanak.

C. TEORI PERKEMBANGAN EMOSI MENURUT ERIKSON


Rajah 1.3: Erik Erikson

Sumber: http://en.wikipedia.org/wiki/Image:Erik_Erikson.png
Erik Erikson (Rajah 1.3) ialah seorang ahli psikososial yang banyak menumpukan kajian kepada perkembangan sosial dan emosi kanak-kanak. Erikson mengatakan bahawa semua individu melalui lapan peringkat perkembangan yang bersiri dari hari pertama dilahirkan hingga dewasa. Pada setiap peringkat terdapat krisis-krisis yang perlu diselesaikan sebelum boleh berkembang ke peringkat seterusnya. Jika krisis-krisis ini tidak ditangani dengan baik, seseorang individu akan mengalami kesukaran menangani krisis pada peringkat-peringkat yang berikutnya.

Peringkat perkembangan emosi kanak-kanak menurut Erikson adalah seperti berikut:
  1. Percaya lawan Tidak Percaya (trust vs mistrust)
    Dalam lingkungan usia 0 hingga 18 bulan. Erikson merujuk kepada peringkat ini sebagai peringkat oral-sensori di mana bayi dipengaruhi oleh deria visual dan sentuhan. Perkembangan emosi kanak-kanak bergantung kepada orang dewasa terutamanya ibu bapa untuk memenuhi keperluan fizikal dan emosi. Peringkat ini dianggap peringkat paling penting kerana ia akan mempengaruhi perkembangan bayi melalui pengalamannya. Peringkat rasa kepercayaan ini dibina dalam tahun pertama dan kanak-kanak membina rasa kepercayaan secara berperingkat. Kanak-kanak akan membina rasa ketidakpercayaan jika keperluannya tidak dapat dipenuhi.

    Kepercayaan akan memudahkan seorang kanak-kanak menghadapi serta mengatasi masalah dalam hidup. Rasa percaya akan terus dipupuk jika kanak-kanak itu sentiasa berasa selamat disayangi serta diberi perhatian oleh ibu bapa. Sebaliknya, jika keperluan asas pada peringkat ini tidak dirasai, ketidakpercayaan akan menghalang atau melemahkan bayi dalam mengatasi kesulitan hidup dan kanak-kanak akan membesar dengan rasa kecewa, tidak percaya dan ragu-ragu kepada semua orang disekelilingnya.
  2. Otonomi lawan Rasa Malu (autonomy vs shame)
    Dalam lingkungan usia 18 bulan hingga 3 tahun. Pada ketika kanak-kanak berumur 18 bulan, konsep kendiri kanak-kanak mula bertambah. Kanak-kanak mula mengetahui apa yang disebut. Pada peringkat ini kanak-kanak meningkatkan kemahiran berdikari dari segi belajar berjalan, bercakap, makan dan menggunakan tandas. Mereka membina konsep kendiri dan autonomi melalui kemahiran mengawal pergerakan motor kasar. 
  3. Kebolehan membezakan perlakuan yang betul dan salah juga turut berkembang. Keinginan memiliki kuasa dan keinginan untuk melakukan sesuatu dengan daya usaha sendiri juga turut berkembang. Kanak-kanak akan berasa malu jika tidak diberi kuasa atau merasakan dirinya kurang cekap. Sebaliknya, keyakinan kanak-kanak akan dapat dipupuk apabila dipuji.

    Pada peringkat umur ini, kanak-kanak akan merasa takut jika melakukan kesalahan. Tingkah laku yang tidak diingini hendaklah dikawal supaya kanak-kanak tidak merasa malu. Tingkah laku yang positif dan yang diingini juga patut dipuji. Cara ini akan membantu kanak-kanak mengenal dan membezakan jenis-jenis tingkah laku yang digalakkan dan yang perlu dielakkan.

    Pada peringkat ini, jika kanak-kanak dimalukan atau dihalang daripada melakukan aktiviti, perasaan malu akan timbul. Rasa malu ini boleh membuatkan kanak-kanak meragui kebolehannya sendiri, dan mengakibatkan wujud konsep kendiri yang rendah.
  4. Inisiatif lawan Rasa Bersalah (initiative vs guilt)
    Dalam lingkungan usia 3 hingga 5 tahun. Peringkat ini dipanggil peringkat bermain di mana kanak-kanak cuba meniru tingkah laku orang dewasa melalui proses bermain. Kanak-kanak menggunakan inisiatif dan imaginasi mereka untuk mencipta pelbagai situasi permainan dan memainkan peranan sebagai orang dewasa. Dengan cara ini kanak-kanak belajar berbagai kemahiran yang menunjukkan keupayaan menggunakan imaginasi seperti bekerjasama dan memimpin.

    Proses ini juga menggalakkan perkembangan kemahiran menyelesaikan masalah, mencari maklumat baru dan membentuk konsep yang berkaitan dengan peranan jantina. Pada peringkat ini, jika kanak-kanak sentiasa diperlakukan supaya rasa bersalah, mereka akan rasa kecewa, takut dan terlalu bergantung kepada orang dewasa. Ini akan mewujudkan keadaan yang kurang membina kemahiran kreativiti, bermain dan aktiviti yang melibatkan imaginasi.
Oleh itu Erikson menegaskan bahawa kanak-kanak perlu digalakkan menjelajah, beraksi dan melakukan aktiviti untuk mendapatkan kepuasan emosi. Jelasnya, kanak-kanak dilahirkan dengan mempunyai sifat yang dinamik serta berkembang mengikut fitrah semula jadi proses tumbesaran mereka. Pada peringkat 1 hingga 3 tahun kanak-kanak gemarkan aktiviti melukis dan mewarna. Ini kerana aktiviti ini dapat memberikan kepuasan kepada kanak-kanak dalam meluahkan apa yang dilihat lalu dipindahkan semula dalam bentuk dan rupa imej yang unik mengikut tahap pemahaman mereka. Melalui aktiviti melukis, kanak-kanak dapat meningkatkan daya sensitiviti pancaindera dan lukisan yang dihasilkan berfungsi sebagai alat komunikasi dan merupakan refleksi pemikiran kanak-kanak.


D. TEORI KECERDASAN PELBAGAI


Howard Gardner (1983), merupakan orang yang bertanggungjawab mengasaskan teori kecerdasan pelbagai. Beliau merupakan seorang ahli psikologi Jerman terkenal dan berpengaruh dari Universiti Havard. Gardner (1983) menyatakan bahawa manusia mempunyai sekurang-kurangnya lapan kecerdasan dan pada tahun 1999 Gardner menyatakan bahawa semua ada satu lagi kecerdasan iaitu Kecerdasan Spiritual.


Rajah 1.4: Howard Garder 

Sumber: http://www.weac.org/graphics/conven97/gardner.jpg

Rajah 1.5 Menerangkan teori kecerdasan menurut Gardner.



Rajah 1.5: Sembilan Jenis Kecerdasan Menurut Gardner
Gardner percaya semua jenis kecerdasan ini bekerjasama secara kompleks, berkembang melalui pendidikan, pengalaman dan persekitaran yang bermakna dan kecerdasan tersebut boleh dipelajari, dibentuk, ditingkatkan dan sentiasa berubah sepanjang hayat.
Beberapa prinsip penting Teori Kecerdasan Pelbagai ialah seperti berikut:
  1. Kecerdasan pada asasnya adalah diwarisi turun temurun tetapi boleh ditingkatkan melalui pembelajaran dan pengajaran.
  2. Setiap individu mempunyai kombinasi 9 kecerdasan yang dipanggil profil kecerdasan yang berbeza bagi setiap individu.
  3. Setiap individu mempunyai kebolehan membangunkan kesemua kecerdasannya dengan adanya galakan, pengayaan dan pengajaran yang sesuai.
  4. Semua kecerdasan adalah bersifat dinamik yang boleh dikenal pasti dan dinyatakan dengan jelas jika setiap individu mendapat peluang untuk mengenal dan membangunkan kepelbagaian kecerdasannya.
  5. Latar belakang peribadi menjadi faktor penting dalam membentuk dan mengembangkan pengetahuan, kepercayaan dan kemahiran dalam semua jenis kecerdasan.
    Setiap individu mempunyai adunan kecerdasan yang unik, sentiasa berubah, kecerdasan antara individu itu adalah berbeza dari segi perkembangannya.


Teori Kecerdasan Pelbagai Dan Perkembangan Kreativiti Kanak-kanak


Gardner (1993) menganggap semua kanak-kanak berpotensi berfikir secara kreatif. Pada peringkat awal, kanak-kanak sentiasa melintasi sempadan-sempadan norma ketika asyik bermain atau apabila tekun melakukan sesuatu aktiviti.

Menurut Gardner (1999), kreativiti kanak-kanak boleh ditingkatkan melalui cara-cara berikut:
  1. Pendedahan awal kepada individu lain yang selesa mengambil risiko dan yang tidak mudah mengalah.
  2. Memberi peluang untuk cemerlang dalam sekurang-kurangnya satu aktiviti atau bidang yang diceburi.
  3. Menyediakan persekitaran yang sentiasa mencabar supaya murid sentiasa berada pada tahap kecemerlangan.
  4. Membentuk hubungan dengan rakan sebaya yang rela diuji dan tidak takut gagal.
  5. Menyediakan persekitaran keluarga yang menggalakkan atau mewujudkan hubungan toleransi terhadap sifat kanak-kanak yang gemar mencabar autoriti.

Aktiviti Kreativiti Dan Estetika Yang Membantu Perkembangan Kecerdasan Pelbagai


Unsur-unsur Kreativiti Dan Estetika adalah terdiri daripada elemen asas yang penting dalam menghasilkan sesuatu yang mempunyai unsur kreatif. Guru boleh melaksanakan aktiviti berikut untuk mengembangkan pelbagai kecerdasan murid.
  1. Membentuk GarisanGarisan ialah cantuman dari satu titik ke titik yang lain dengan mempunyai jarak-jarak tertentu. Aplikasi berbagai jenis garisan dapat mencipta rupa, jalinan, ton, corak serta menimbulkan gambaran bentuk, ruang dan gerakan dalam seni visual (lihat Rajah 1.6).
  2. Melakar bentuk atau rupa
    Rupa mesti mempunyai garisan luar (outline) dan sempadan yang mengelilinginya. Ianya dapat dikategorikan kepada rupa geometri dan organik. Rupa geometri lebih kepada rupa yang mempunyai sudut dan penjuru. Rupa organik pula yang mempunyai rupa bebas dan tidak terikat pada bentuk yang khusus. Rupa ialah sesuatu kawasan yang berbeza dari ruang di sekeliling dan bersifat 2-D (tidak berjisim). Merupakan hasil pertemuan antara penghujung garisan dan permulaannya.
  3. Membentuk
    Bentuk lazimnya merujuk kepada struktur jisim dan isi padu. Terdapat dua jenis bentuk iaitu bentuk konkrit dan bentuk ilusi. Bentuk dapat dihasilkan melalui lukisan, catan, arca, komputer dan kraf tradisi. Bentuk konkrit ialah bentuk sebenar yang bersifat tiga dimensi. Bentuk ilusi ialah bentuk yang dilihat melalui gambar atau ilustrasi. Ianya bersifat rata dan boleh dihasilkan melalui lakaran, catan dan lukisan berkomputer 3 dimensi.
  4. Jalinan
    Jalinan merujuk kepada kesan yang terdapat pada permukaan sesuatu objek. Ia dapat menunjukkan kesan rasa dan ekspresi sesuatu objek kepada kita. Jalinan terbahagi kepada dua iaitu; jalinan sentuh dan jalinan tampak. Jalinan sentuh ialah jalinan yang dapat dirasai melalui sentuhan, contohnya kulit buah durian (alam semula jadi) dan jahitan sulaman (alam buatan manusia). Jalinan tampak pula jenis jalinan yang hanya dapat dilihat tetapi tidak dapat dirasai melalui sentuhan. Ruang merupakan kawasan yang dikelilingi oleh garisan, atau kawasan kosong di sekeliling objek, atau jarak antara dua objek.
  5. Warna
    Warna ialah pigmen pewarna kimia yang bertindak balas pada sesuatu permukaan. Warna terbahagi kepada tiga kumpulan utama iaitu warna asas, warna sekunder dan warna tertier. Warna asas terdiri daripada warna biru, merah dan kuning; dan ianya boleh menghasilkan warna sekunder dan warna tertier. Warna sekunder pula terdiri daripada warna hijau, jingga dan ungu; dan dapat dihasilkan daripada campuran dua warna asas. Sementara itu, warna tertier terhasil daripada percampuran warna asas dan sekunder.

Rajah 1.6: Contoh aktiviti membentuk garisan

Sumber: http://www.dafko.com/Colorins/connect%20the%20dots%202.jpg

RUMUSAN



Teori perkembangan intelektual memberi inspirasi dan panduan berguna kepada pendidik kerana memberikan gambaran yang menakjubkan berkenaan dunia pemikiran murid.
Sekiranya guru dapat mengesan dan membantu murid untuk mengatasi kekurangan atau kelemahan di dalam perkembangan pemikiran mereka, maka proses pengajaran dan pembelajaran menjadi lebih berkesan.
Teori ini juga penting untuk membantu guru mengembangkan konsep pemprosesan maklumat kerana perkembangan kognitif individu dapat digambarkan sebagai suatu proses perkembangan yang berterusan dalam sistem pemprosesan maklumat.
Proses kognitif adalah termasuk persepsi, perhatian, ingatan dan menguji hipotesis yang saling berkait di dalam proses pengembangan bahasa khususnya kemahiran membaca.
Kecemerlangan kognitif kanak-kanak bukan sahaja dapat dilihat dalam bentuk hitungan nombor sahaja, malah tetap diperlukan di dalam bidang sastera, budaya dan sosial serta lebih banyak berkaitan dengan kreativiti.
Kanak-kanak sangat berminat dengan aktiviti seni dan kreatif. Aktiviti seni dan kreatif memberi peluang kepada kanak-kanak untuk merealisasikan imaginasi mereka di dalam pelbagai cara. Ini termasuklah aktiviti seni seperti melukis, mewarna, kraf tangan, muzik, nyanyian, drama, puisi, membentuk arca dan sebagainya.
Kanak-kanak seronok melibatkan diri dalam aktiviti-aktiviti kreatif dan estetika, yang paling penting guru haruslah sentiasa bersedia dan membuat perancangan yang teliti terutamanya dalam menyediakan bahan yang ingin digunakan untuk sesuatu aktiviti kerana perancangan yang baik membantu kelancaran pengajaran dan pembelajaran.